Monday, December 24, 2012

Sejarah T4B1 Petempatan Kekal: Ciri-ciri Negara Kota

Ciri-ciri Negara Kota Mesopotamia/Sumeria

Negara Kota terbahagi kepada:-

1. pusat kota

2. tembok kota
3. luar kota
4. perlabuhan

♥ mempunyai KUBU PERTAHANAN dengan
♥ pelbagai pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan.

Dalam setiap negara kota terdapat:-

  •  Istana
  •  rumah kediaman
  •  rumah ibadat
  •  rumah kedai
  •  pasar dengan jalan raya yg lurus & lebar 
♥ Unit politik & agama tersendiri
♥ kewujudan sungai & tanah pamah memudahkan pengangkutan seperti kapal, pedati dan keldai.

♥ Pusat negara= Rumah ibadat


♥ Mudah dihubungi oleh pedagang sekitar contohnya jalan yang menghubungkan Sumeria dan Kota Mari digunakan oleh pedagang dari luar Mesopotamia.

------------------------------------------------------------------------------------

Ciri-ciri Negara Kota Mesir

♥ Firaun Menes berjaya menyatukan kesemua nome menjadi kerajaan dan mengasaskan pusat pentadbiran di Thinis.

♥ Pusat pentadbiran ini kemudianya berpindah ke bandar Memphis yang hampir dengan delta Sungai Nil.

Dalam negara kota terdapat 
  • istana, 
  • rumah kediaman, 
  • rumah ibadat, 
  • rumah kedai dan 
  • pasar dengan jalan raya yang lurus dan lebar.
♥ Pada zaman pertengahan pusat pentadbiran ini berpindah ---> Thebes.

Bandar Penting: Heliopolis, Fayourn & Abydos
BANDAAR BERPERANAN sebagai:- 
♥ Kediaman Firaun, 
♥ Pusat pemerintahan 
♥ Pentadbiran
♥ Pelabuhan

Selain itu, bandar juga merupakan pusat keagamaan & pusat tumpuan penduduk.

------------------------------------------------------------------------------------

Ciri-ciri Negara Kota Kota Indus

♥ Terbahagi kpd DUA BAHAGIAN & dikelilingi TEMBOK.

Bahagian Utama 
- merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
- menempatkan bangunan pentadbiran, 
- tempat mandi awam ( untuk upacara ritual & pembersihan )
- tempat penyimpanan hasil pertanian.

Bahagain Kedua = Kawasan Perumahan

♥ Bandar dirancang dgn rapi terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik.

♥ ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.

♥ Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dgn setiap blok dipisahkan oleh satu rangakian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.

♥ Setiap bandar mempunyai kumbahan yang terancang

♥ Bandar juga dihubungi dengan sungai yang berperanan sebagai jalan pengangkutan.

------------------------------------------------------------------------------------

Ciri-ciri Negara Kota Kota Hwang Ho

♥ Perkembangan pertanian membawa munculnya bandar seperti negara kota Anyang yang terletak di Sungai Huan.

♥ Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

♥ Ketua pemerintah ialah 
  • raja, 
  • pembesar dan 
  • golongan agama yang tinggal di kawasan bandar.

♥  Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan dan 
♥  dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat.

------------------------------------------------------------------------------------

Like our notes? Give us a like :) 
Join our group in Facebook to receive more tips about SPM 2013!
Follow us on twitter @igochanotes
Thank you very much! x


Credit goes to Rozaifah- Nota Betari Tingkatan 4

No comments:

Post a Comment