Showing posts with label Tingkatan4. Show all posts
Showing posts with label Tingkatan4. Show all posts

Friday, January 4, 2013

[Bahasa Malaysia] Peribahasa dalam Soalan Bahasa Melayu SPM

**iGOTCHA DO NOT OWN THIS
POST FOUND ON: http://khirkassim.blogspot.com/2008/05/peribahasa-spm.html

Oleh: Cikgu Mohd. Khir Kassim 

Mulai tahun 2004, soalan Bahasa Melayu Kertas 2 SPM turut meliputi aspek peribahasa iaitu:
Soalan 3: Pengetahuan dan kefahaman tentang tatabahasa bahasa Melayu, ceraian (e).

Soalan peribahasa itu akan menguji murid-murid dari segi pengetahuan dan pemahaman tentang aspek peribahasa serta penggunaannya. Soalan-soalannya mungkin dalam bentuk memberikan peribahasa yang sesuai dengan pernyataan atau petikan yang diberikan, mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai pada ruangan yang disediakan dalam ayat atau pernyataan, membina ayat berdasarkan peribahasa dan memberi maksud peribahasa. Jumlah markah bagi soalan ini ialah 6 markah. Berdasarkan trend soalan semasa, soalan yang akan dikemukakan adalah berdasarkan 3 peribahasa.

Peribahasa tersebut meliputi simpulan bahasa, pepatah, bidalan, perumpamaan, dan kata-kata hikmat. Oleh itu murid-murid dinasihatkan supaya menguasai seberapa banyak yang boleh tentang peribahasa Bahasa Melayu secara umum, di samping memberikan penekanan terhadap semua peribahasa yang terdapat dalam buku teks tingkatan 4 dan 5.

Untuk membantu murid-murid dalam mengenal pasti peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, yang berikut disenaraikan peribahasa tersebut dengan muka suratnya sekali:

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. (m/s 10) (SPM 2004)
Dengan adanya kerjasama dalam masyarakat, keadaan masyarakat itu akan menjadi kuat dan sebarang pekerjaan dapat dilaksanakan dengan mudah.

2. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. (m/s 10 & 166) (SPM 2004)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama.

3. Darah daging. (m/s 10)
Anak yang ada pertalian darah dengan ibu atau bapanya. Adat atau sesuatu kelaziman pada sesuatu kaum ataupun seseorang.

4. Seperti lembu dicucuk hidung. (m/s 166)
Orang bodoh yang mengikut perintah sahaja.

5. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. (m/s 166)
Generasi pelapis yang akan memikul tanggungjawab terhadap negara pada masa depan dan masing-masing mempunyai peranan yang sama penting.

6. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. (m/s 166)
Seimbang dari segi kedudukan dan sama tarafnya.

7. Jika melentur buluh biarlah dari rebungnya. (m/s 174 & 176)
Jika hendak mendidik anak hendaklah bermula sejak kecil lagi.

8. Tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. (m/s 174)
Hajat atau harapan yang begitu besar.

9. Genggam bara api biar sampai jadi arang. (m/s 174)
Apabila melakukan sesuatu pekerjaan, hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh dan diusahakan sehingga berjaya.

10. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. (m/s 174)
Sesuatu keputusan bergantung pada diri sendiri untuk melakukannya.

11. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. (m/s 234)
Sesuatu yang sentiasa dikenang atau diingati dan sukar untuk dilupakan.


Di samping itu, peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu tingkatan 5 pula ialah:
.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (m/s 3)
Setiap keinginan tentu ada cara untuk mencapainya.

Lintah darat. (m/s 15)
Peminjam wang yang mengenakan faedah yang tinggi pada peminjam.

Jauh perjalanan luas pengalaman. (m/s 80) ; banyak berjalan luas pengalaman. (m/s 252)
Semakin banyak pengalaman baru yang diperoleh jika kita pergi ke tempat orang.

Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. (m/s 91 & 116) (SPM 2004)
Sikap bersatu padu yang mementingkan semangat tolong-menolong antara satu sama lain.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. (m/s 15 & 98)
Jika ada perpaduan, rakyat akan menjadi kuat, dan kalau berpecah belah, negara akan hancur.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (m/s 98)
Sikap bersatu padu yang mementingkan semangat tolong-menolong antara satu sama lain.

Seperti kacang lupakan kulit. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007)
Orang yang tidak tahu mengenang budi.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007)
Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama.

Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. (m/s 99)
Perlu mengikut adat dan kepercayaan tempat kita berada pada masa itu.

Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. (m/s 99)
Walau di mana sekalipun kita berada, kita hendaklah mengikut cara hidup masyarakat di mana kita menetap kerana setiap masyarakat mempunyai adat resam serta cara hidup mereka yang tertentu.

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua. (m/s 99)
Orang yang bermuafakat akan tetap setia antara satu dengan yang lain (jika seorang mendapat kesusahan, yang lain turut sama merasakannya.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. (m/s 114, 115, 116 & 216)
Seseorang itu perlu berusaha untuk memperoleh sesuatu.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. (m/s 114)
Kalaulah kita hendakkan sesuatu kejayaan atau kesenangan, kita hendaklah sanggup menempuh kesusahan dan juga bekerja dengan cara yang bersungguh-sungguh.

Rajin dan usaha tangga kejayaan. (m/s 114)
Kejayaan akan dicapai jika disertai dengan usaha dan kerajinan.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. (m/s 115)
Sikap berjimat-cermat akan membolehkan seseorang itu menjadi kaya-raya.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan. (m/s 115)
Sesuatu perkara yang terlalu banyak pada satu-satu masa.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. (m/s 116) (SPM Ulangan 2007)
Bersusah payah terlebih dahulu supaya dapat mengecap kesenangan pada masa akan datang..

19. Sediakan payung sebelum hujan. (m/s 189)
Hendaklah bersiap sedia dan beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan.

20. Memerah otak. (m/s 115)
Memikirkan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh.

21. Genggam bara api, biarlah sampai jadi arang. (m/s 215)
Melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

22. Bagai aur dengan tebing. (m/s 115)
Saling membantu antara satu sama lain.

23. Mencari jalan. (m/s 115)
Mencari ikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

24. Biar mati anak, jangan mati adat. (m/s 179 & 265)
Sikap menghormati dan sayangkan adat tradisi itu lebih daripada menghormati dan menyayangi anak sendiri.

Setelah membaca semua peribahasa daripada buku teks tersebut, diharapkan murid-murid dapat merujuk kamus peribahasa untuk meluaskan penguasaan peribahasa dan memahami penggunaannya. Murid-murid juga digalakkan untuk berbincang dengan guru dan rakan, serta membuat latihan yang sesuai dengan bimbingan guru bagi memantapkan penguasaan aspek peribahasa Melayu. Hal ini dapat mengelakkan murid-murid menghadapi masalah semasa menjawab soalan peribahasa dalam peperiksaan penggal dan SPM. Selain itu rajin-rajinlah membaca kamus peribahasa bagi meluaskan perbendaharaan peribahasa anda. Hal ini demikian kerana bilangan peribahasa sangat banyak dan soalan peribahasa dalam peperiksaan SPM pula tidak semestinya dipilih daripada peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Wednesday, January 2, 2013

[Bahasa Malaysia] Tatabahasa: Kata Ganti Nama


maklumat tersebut merujuk kepada dokumen ini.
**Kita tidak memilik and mempunyai nota tersebut.
Minta maaf jika ada kesilapan. Anda boleh comment bagi tahu kita supaya kita boleh membuat pembetulan. Terima Kaish atas kerjasama anda :D

Kata Ganti nama
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.

2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a) Kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga)
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.

Gantinama Diri

Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata Ganti Diri
Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua


Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk
contoh kata nama diri pertama
tunggalbeta, patik, aku, saya
jamakkita, kami, kita orang


Kata ganti nama Diri Kedua

Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk
contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak
kalian
Kata Ganti Diri
Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita


Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.

Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk
Contoh kata ganti diri ketiga
tunggalia, dia, beliau, baginda
jamakmereka
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggaldigunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang


Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.

1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.

Ringkasan
Kata Ganti Nama DiriTunggalBilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka


Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda
Orang
Tempat
Masa
Hal
Bilangan
apakahsiapakahmanakahbilakahbagaimanakah
kenapakah
mengapakah
berapakah
Kata Ganti Nama
Penggunaannya
apadigunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapadigunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
manadigunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat


Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?

Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat
Penggunaannya
sanadigunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sinidigunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap
situdigunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana
Benda, orang, Binatangini, itu
Tempatsini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaanbegini, begitu, demikian


contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i. Ini komputer.
ii. Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.

Kata Ganti tak tentu.
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Ayat-ayat contoh
apa-apa1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
Siapa-siapa1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana, masing-masing,
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa
Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu