Monday, December 24, 2012

Sejarah T4B1 Petempatan Kekal: Ciri-ciri Negara Kota

Ciri-ciri Negara Kota Mesopotamia/Sumeria

Negara Kota terbahagi kepada:-

1. pusat kota

2. tembok kota
3. luar kota
4. perlabuhan

♥ mempunyai KUBU PERTAHANAN dengan
♥ pelbagai pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan.

Dalam setiap negara kota terdapat:-

  •  Istana
  •  rumah kediaman
  •  rumah ibadat
  •  rumah kedai
  •  pasar dengan jalan raya yg lurus & lebar 
Unit politik & agama tersendiri
♥ kewujudan sungai & tanah pamah memudahkan pengangkutan seperti kapal, pedati dan keldai.

Pusat negara= Rumah ibadat


Mudah dihubungi oleh pedagang sekitar contohnya jalan yang menghubungkan Sumeria dan Kota Mari digunakan oleh pedagang dari luar Mesopotamia.

------------------------------------------------------------------------------------

Ciri-ciri Negara Kota Mesir

♥ Firaun Menes berjaya menyatukan kesemua nome menjadi kerajaan dan mengasaskan pusat pentadbiran di Thinis.

♥ Pusat pentadbiran ini kemudianya berpindah ke bandar Memphis yang hampir dengan delta Sungai Nil.

Dalam negara kota terdapat 
  • istana
  • rumah kediaman
  • rumah ibadat
  • rumah kedai dan 
  • pasar dengan jalan raya yang lurus dan lebar.
♥ Pada zaman pertengahan pusat pentadbiran ini berpindah ---> Thebes.

Bandar Penting: Heliopolis, Fayourn & Abydos
BANDAAR BERPERANAN sebagai:- 
♥ Kediaman Firaun, 
♥ Pusat pemerintahan 
♥ Pentadbiran
♥ Pelabuhan

Selain itu, bandar juga merupakan pusat keagamaan & pusat tumpuan penduduk.

------------------------------------------------------------------------------------

Ciri-ciri Negara Kota Kota Indus

♥ Terbahagi kpd DUA BAHAGIAN & dikelilingi TEMBOK.

Bahagian Utama 
- merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
menempatkan bangunan pentadbiran
- tempat mandi awam ( untuk upacara ritual & pembersihan )
- tempat penyimpanan hasil pertanian.

Bahagain Kedua = Kawasan Perumahan

♥ Bandar dirancang dgn rapi terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik.

♥ ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.

♥ Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dgn setiap blok dipisahkan oleh satu rangakian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.

 Setiap bandar mempunyai kumbahan yang terancang

 Bandar juga dihubungi dengan sungai yang berperanan sebagai jalan pengangkutan.

------------------------------------------------------------------------------------

Ciri-ciri Negara Kota Kota Hwang Ho

 Perkembangan pertanian membawa munculnya bandar seperti negara kota Anyang yang terletak di Sungai Huan.

 Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

 Ketua pemerintah ialah 
  • raja
  • pembesar dan 
  • golongan agama yang tinggal di kawasan bandar.

  Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan dan 
  dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat.

------------------------------------------------------------------------------------

Like our notes? Give us a like :) 
Join our group in Facebook to receive more tips about SPM 2013!
Follow us on twitter @igochanotes
Thank you very much! x


Credit goes to Rozaifah- Nota Betari Tingkatan 4

No comments:

Post a Comment